about

about

Popular Posts

Search This Portal

ads here

HONDA FIT MASUK PASARAN

Share it:

HONDA Motor Co Ltd melancarkan generasi baru Honda Fit di Tokyo Motor Show (TMS) 2019 di Tokyo Big Sight, Jepun, hari ini.
Presidennya, Takahiro Hachigo berkata, kereta yang juga dikenali sebagai Jazz di beberapa negara di luar Jepun itu akan dipamerkan sepanjang pameran bermula esok hingga 4 November sebelum dijadualkan berada di pasaran Februari tahun depan.
Beliau berkata, sejak kali pertama dihasilkan di Jepun pada 2001, Honda Fit terus dipertingkatkan untuk muncul sebagai model utama dalam segmen kompak.
“Sejak itu, Honda Fit menikmati reputasi tinggi sebagai kereta dengan pakej menarik, penjimatan bahan api, prestasi pemanduan hebat dan reka bentuk istimewa sehingga mampu dijual lebih 7.5 juta unit di seluruh dunia.
“Bagi generasi baru Honda Fit ini, kami menumpukan kepada jentera kompak sesuai dengan era baru kerana percaya ia akan menjadi penanda aras dalam industri automotif di pasaran Jepun memandangkan memenuhi keperluan pelanggan di sini lebih sukar berbanding di luar negara.
“Berdasarkan keadaan ini, kami berdepan pelanggan tempatan sebelum menyempurnakan generasi baru Honda Fit ke seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata, ia dibangunkan bukan sekadar menjadi kenderaan kepada pelanggan, malah dijadikan sebahagian kehidupan pengguna, sekali gus mengutamakan keselesaan dan kepuasan.
Menurutnya, ia adalah kereta kompak era baru dan akan menjadi standard baru pembangunan automotif Honda.
“Model ini dilengkapi teknologi terbaru sistem keselamatan Honda SENSING, Honda e:TECHNOLOGY selain reka bentuk ringkas dan menawan.
“Ia juga padat dengan pelbagai teknologi terkini termasuk modul komunikasi dinamakan Honda CONNECT,” katanya.
Ia ditawarkan dalam lima varian iaitu Basic, Home, Ness, Crosstar dan Luxe.
Empat keutamaan ditawarkan adalah ciri keluasan, tempat duduk selesa, pemandangan memandu memuaskan dan storan maksimum mengikut keperluan pemandunya.

Share it:
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Baharu

Honda

Post A Comment:

0 comments: